Peguam Negara Bangladesh letak jawatan
Peguam Negara Bangladesh Amin Uddin telah menghantar surat peletakan jawatannya kepada Presiden negara itu, Mohammed Shahabuddin pada Rabu.
Menurut agensi Sputnik memetik memetik laporan Daily Star, Uddin memberitahu akhbar itu bahawa beliau menyatakan kesukaran peribadi sebagai alasan peletakan jawatan dalam surat itu.