Pekerja Australia berhak abai e-mel, panggilan selepas kerja
Undang-undang baharu di Australia yang berkuat kuasa hari ini membenarkan pekerja mengabaikan mesej yang dihantar oleh syarikat atau majikan pada hujung minggu atau selepas waktu bekerja.
Undang-undang itu menetapkan bahawa kebanyakan pekerja yang enggan membaca atau membalas mesej daripada majikan di luar waktu kerja tidak boleh dikenakan hukuman.
