Pekerja Indonesia | Kos pengambilan diumumkan selepas MoU
Kos baharu pengambilan pekerja domestik Indonesia hanya akan diumumkan selepas Malaysia dan Indonesia menandatangani memorandum persefahaman pada April ini.
Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Awang Hashim berkata kerajaan tidak menolak kemungkinan akan berlaku kenaikan kos, namun belum dapat menjangkakan jumlah peratusan kenaikan kos berkenaan.