Peluncur warga Australia dibebas selepas cederakan nelayan
Seorang lelaki warga Australia yang ditahan di kawasan konservatif di Acheh Indonesia selepas didakwa mengamuk dan bertindak ganas akan dibebaskan dengan syarat.
Bodhi Mani Risby-Jones, 23 tahun dari Noosa di selatan Queensland, ditahan selepas didakwa menyerang dan mencederakan seorang nelayan tempatan ketika dalam keadaan mabuk.
