Pelaburan agresif naikkan pendapatan pekerja
Negara memerlukan pelaburan domestik dan antarabangsa yang agresif bukan sahaja untuk membawa hasil kepada syarikat malah para pekerja.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata usaha ini perlu dipergiatkan dalam membantu meningkatkan taraf pendapatan isi rumah terutama
golongan pertengahan di negara ini.