Skip to main content

Advertisement

Peluang Pekerjaan | 4,446 iklan jawatan kosong dalam KKM disenaraikan

Peluang Pekerjaan | 4,446 iklan jawatan kosong dalam KKM disenaraikan

Sejumlah 4,446 iklan kekosongan perjawatan tetap pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi telah disenaraikan Kementerian Kesihatan Malaysia KKM pada Selasa.

Menurut menterinya, Khairy Jamaluddin, seperti yang telah dijanjikan, senarai iklan jawatan kosong itu telah dimuat naik di Laman Web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).