Pembinaan MRSM berbayar tidak guna peruntukan kerajaan
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, memberi jaminan bahawa penubuhan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) berbayar tidak akan menggunakan peruntukan kerajaan atau dibina atas tanah rakyat miskin.
Sebaliknya, beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, berkata kerajaan akan menggunakan Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) dan bekerjasama...