Pembunuhan Wartawan | Israel enggan bekerjasama dengan FBI
Kerajaan Israel menegaskan tidak akan bekerjasama dengan pihak luar dalam penyiasatan kematian melibatkan wartawan warga Palestin, Shireen Abu Akleh yang terbunuh selepas ditembak tenteranya.
Media antarabangsa melaporkan, Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS) melancarkan siasatan ke atas pembunuhan Shireen pada 11 Mei lalu semasa operasi tentera Israel.