Polis Sarawak bekerjasama dengan Indonesia
Polis Sarawak tidak menolak kemungkinan untuk bekerjasama dengan Indonesia dalam usaha menjejaki tahanan yang lolos dari Balai Polis Tapah sejak dua minggu lalu.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata perkara itu hanya akan dibuat selepas keputusan dicapai hasil daripada kajian operasi yang dilaksanakan.