Pemerkasaan Wanita | Tambah penglibatan wanita Sarawak di peringkat tertinggi
Penglibatan wanita sebagai pembuat keputusan di antara barisan tertinggi korporat dan politik di Sarawak masih di bawah 30 peratus berbanding di Semenanjung Malaysia.
Tegas Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah, landskap sebegini perlu diseimbangkan agar tidak timbul isu penindasan kepada hak wanita.