Pencemaran Sungai | 600 pekebun kecil kerugian sejak tiga tahun lalu
Terpaksa menanggung kerugian sehingga ratusan ribu ringgit apabila sungai yang menjadi sumber utama dalam aktiviti pertanian, tercemar dipercayai berpunca daripada pusat pelupusan sampah berhampiran.
Penderitaan itu ditanggung kira-kira 60 pesawah dan pekebun kecil di Kampung Paya Rumput Jaya, Sungai Udang Melaka sejak tiga tahun lalu.