Penduduk PP | Kami tak kisah siapa PM, janji buat kerja
Tak kisah siapa Perdana Menteri, apa yang dimahukan penduduk Pulau Pinang adalah pengurusan ekonomi dan tawaran politik yang stabil.
Selain itu, rata-rata mereka yang ditemui juga mahu individu yang bakal diangkat sebagai Perdana Menteri itu, memberi tumpuan kepada isu kos sara hidup yang semakin meningkat di negeri itu.