Skip to main content

Malaysia

Asia Record perkukuh pengiktirafan jenama serantau

Asia Record merupakan platform bermakna dalam meningkatkan pengiktirafan terhadap jenama, selain menggalakkan individu dan organisasi menetapkan penanda aras baharu dalam pencapaian masing-masing.
Asia Record merupakan platform bermakna dalam meningkatkan pengiktirafan terhadap jenama, selain menggalakkan individu dan organisasi menetapkan penanda aras baharu dalam pencapaian masing-masing.

Ringkasan AI

  • Malam Pengiktirafan Asia Record kali kedua diadakan pada 17 November, menghimpunkan pelbagai jenama dan organisasi untuk meraikan pencapaian luar biasa di rantau ini.
  • Jenama terkenal seperti Shangri-La Kuala Lumpur, MIXUE, Watsons dan Beijing Tong Ren Tang menerima pengiktirafan atas sumbangan dan impak mereka.
  • Sejak pelancaran Asia Record Book of Achievements, sebanyak 487 rekod dari pelbagai industri telah diiktiraf, memperkukuh reputasi dan kredibiliti organisasi Asia.
Advertisement

KUALA LUMPUR: Pengiktirafan terhadap jenama Asia menerusi pencapaian luar biasa dalam pelbagai sektor dilihat antara pemangkin penting dalam memperkukuh reputasi, kredibiliti serta keyakinan terhadap organisasi di rantau ini.

Perkara itu dizahirkan menerusi penganjuran Malam Pengiktirafan Asia Record kali kedua pada 17 November lalu yang menghimpunkan pelbagai jenama dan organisasi dari dalam serta luar negara bagi meraikan kecemerlangan masing-masing.

Antara jenama terkenal yang menerima pengiktirafan pada majlis berkenaan termasuk Shangri-La Kuala Lumpur, MIXUE, Watsons serta Beijing Tong Ren Tang dari China.

Advertisement

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata, Asia Record merupakan platform bermakna dalam meningkatkan pengiktirafan terhadap jenama, selain menggalakkan individu dan organisasi menetapkan penanda aras baharu.

“Ini merupakan satu acara yang sangat baik. Tahniah kepada pihak penganjur dan saya berharap program seperti ini dapat dilaksanakan setiap tahun,” katanya.

Advertisement

Sementara itu, Pengasas dan Ketua Adjudikator Asia Record, Datuk KK Chua berkata, platform berkenaan membuka ruang lebih luas kepada usahawan tempatan untuk mengembangkan potensi ke peringkat antarabangsa.

“Bagi saya, kejayaan program ini turut didorong sokongan pelbagai pihak dalam usaha mengangkat keusahawanan bukan sahaja di Malaysia, malah di peringkat Asia.

“Kami berharap menerusi inisiatif ini, satu ekosistem lebih kukuh dapat dibangunkan untuk membantu usahawan mencapai tahap kecemerlangan lebih tinggi.

“Antara pertimbangan kami dalam memilih penerima pengiktirafan ialah impak yang diberikan, termasuk dari aspek sosioekonomi, sumbangan perniagaan kepada ekonomi serta keupayaan membawa jenama dari peringkat Malaysia ke persada antarabangsa,” katanya.

Sejak pelancaran edisi sulung Asia Record Book of Achievements pada 6 Februari 2025, sebanyak 487 rekod daripada pelbagai industri, inovasi dan pencapaian luar biasa telah diiktiraf.

Must Watch Video

Advertisement