Penduduk rayu turap jalan, elak kemalangan
Penduduk di Jalan Kampung Pida Tiga Sungai Korok merayu Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) menurap semula jalan utama di kampung mereka yang kini berlubang dan berbatu.
Menurut penduduk jalan sepanjang tiga kilometer itu menjadi laluan utama bagi penduduk untuk aktiviti harian antaranya petani ke sawah dan pelajar ke sekolah.