Mandat belum tamat, Anwar pesan jangan terlalu yakin
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata rakyat mahu kerajaan memberi tumpuan kepada kestabilan dan pertumbuhan ekonomi, bukan berpolitik sepanjang masa.
Beliau berkata kerajaan akan menjalankan mandat sehingga pilihan raya berikutnya, sambil mengingatkan semua pihak supaya tidak terlalu yakin dengan kedudukan masing-masing.