Pengumpulan Data | Pertimbang kaedah lebih sistematik
Kerajaan negeri Terengganu akan mempertimbangkan kaedah penyaluran maklumat penemuan penyu yang lebih sistematik dan efektif.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komuniti dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Terengganu, Dr Azman Ibrahim, perkara itu akan dibincangkan Jabatan Perikanan Negeri dengan pihak berkaitan.