Penilaian keselamatan & kesihatan penduduk akan dilakukan
Satu mesyuarat khas akan diadakan bersama Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB), Majlis Perbandaran Padawan (MPP) dan Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) dalam masa terdekat bagi memastikan keselamatan serta kesihatan awam penduduk yang tinggal berdekatan lokasi kebakaran gudang tayar terpakai di Batu 9, Jalan Kuching-Serian.
