Pereka fesyen ikonik Itali, Valentino Garavani meninggal dunia
Pereka fesyen legenda Itali, Valentino Garavani, meninggal dunia pada Isnin di kediamannya di Rome, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh yayasannya. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 93 tahun dan dilaporkan berada di sisi insan tersayang ketika saat akhir hayatnya.
