Persetujuan berdasarkan permintaan kerajaan negeri - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan pelarasan tarif air dibuat berdasarkan persetujuan Kerajaan Persekutuan atas permintaan semua kerajaan negeri. Pelarasan yang diumumkan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) pada Rabu membabitkan pengguna domestik di seluruh Semenanjung dan Labuan berkuat kuasa 1 Februari.