Persiapan atlet negara menjelang saingan Rabu
Selepas dua gangsa, misi memburu pingat kontinjen Malaysia akan diteruskan pada Rabu. Antaranya membabitkan atlet Datuk Azizulhasni Awang, Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Nurul Izzah Izzati Mohd Asri bagi skuad berbasikal trek; Nur Dhabitah Sabri acara terjun serta Mohamad Aniq Kasdan, angkat berat.