Pesawat terhempas di Colombia, 15 maut termasuk Ahli Parlimen
Sebuah pesawat penumpang milik syarikat penerbangan kerajaan Colombia, Satena, terhempas di kawasan pergunungan utara negara itu, mengorbankan kesemua 15 individu di dalamnya. Antara mangsa ialah Ahli Parlimen Diógenes Quintero Amaya dan calon pilihan raya kongres. Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan dengan bantuan angkatan tentera.
