PM akan tekan kepentingan keterangkuman, ekonomi digital
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menekankan kepentingan keterangkuman dalam pengukuhan rantaian bekalan dan pembangunan ekonomi digital yang mampan.
Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata, tumpuan itu akan diketengahkan semasa Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC di Gyeongju, Korea Selatan.
