Peruntukan lebih besar untuk Sabah, Sarawak berasas - PM
Kerajaan mempertahankan keputusan menyediakan peruntukan pembangunan lebih besar untuk Sabah dan Sarawak berdasarkan keperluan geografi serta infrastruktur di kedua-dua negeri berkenaan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keperluan tersebut termasuk keadaan jalan raya yang masih teruk di beberapa kawasan di Sabah meskipun jumlah penduduknya lebih kecil berbanding negeri lain.