PM Anwar sampaikan simpati kepada Sepanyol
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyampaikan rasa simpati kepada rakyat Sepanyol yang terkesan akibat banjir besar yang melanda negara itu.
Beliau menyatakan bahawa rakyat Sepanyol telah mengalami kehilangan ratusan nyawa serta kemusnahan yang meluas di Valencia akibat banjir besar minggu lepas.