Polis beri kemudahan, jangan ambil kesempatan
Polis memberi amaran tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana pihak yang cuba melanggar undang-undang ketika menyertai himpunan Demi Zara Qairina di pekarangan sebuah pusat beli-belah di ibu negara, malam ini dan esok.
Seramai 40 pegawai dan anggota polis ditugaskan untuk memantau perhimpunan berkenaan.