Polis siasat insiden tembakan, mayat ditinggalkan di HSA
Polis sedang menyiasat insiden tembakan di sebuah stesen minyak di Kawasan Rehat dan Rawat (RR) Lebuhraya Link Kedua, Gelang Patah dekat sini yang dipercayai mempunyai kaitan dengan mayat lelaki yang ditinggalkan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru pada Khamis.