Polis tahan lelaki, rampas dadah bernilai lebih RM200,000
Polis menahan seorang lelaki tempatan disyaki pengedar dadah dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM234,900 dalam dua serbuan di daerah Seberang Perai Tengah (SPT) dan Seberang Perai Selatan (SPS), antara 7 malam, Selasa hingga 3 petang Rabu.
