Politik | Karakter PN 'dibunuh', kluster mahkamah 'disucikan'
Ketua Penerangan Parti Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan mendakwa terdapat dua perkara berlaku secara selari dalam tempoh terdekat iaitu pembunuhan karakter Perikatan Nasional dan penyucian imej kluster mahkamah.
Beliau menjelaskan perkara itu menjadi keutamaan pakatan harapan, terutama sebagai persediaan untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri di enam negeri.