Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO semalam bersetuju untuk Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat bagi membolehkan Pilihan Raya Umum ke-15 diadakan tahun ini juga.
Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, berdasarkan keputusan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mempersembahkan tarikh pembubaran kepada Yang Di-Pertuan Agong selaras Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan.