Populasi Jepun catat penurunan 13 tahun berturut-turut
Populasi penduduk di negara matahari terbit Jepun mencatatkan penurunan ketara untuk 13 tahun berturut-turut dalam kemas kini data kerajaan pada Jumaat. Jumlah penurunan terkini menunjukkan jumlah populasi Jepun menjunam 595,000 atau 0.48 peratus berbanding tahun sebelumnya.