Presiden Baharu | Situasi di Kenya tenang, tiada rusuhan
Ibu kota Nairobi dilaporkan berada dalam keadaan tenang setakat ini meskipun dibimbangi berlakunya rusuhan selepas pemilihan William Ruto sebagai Presiden baharu Kenya.
Tiada protes berlaku sehari selepas Ruto diisytiharkan sebagai Presiden selepas menewaskan veteran pembangkang yang juga merupakan seteru lama Ruto, Raila Odinga.