Prestasi ringgit minggu ini
Ringgit meningkat kembali berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk ditutup tinggi sedikit pada Selasa selepas mengalami penurunan lima hari berturut-turut, disokong tindakan People's Bank of China yang memulihkan yuan untuk lebih kukuh, manakala prospek lebih banyak rangsangan dasar di China juga menjadi petanda baik bagi pengeksport seperti Malaysia.