Skip to main content

Dunia

CEO Nvidia Jensen Huang letak jawatan susulan skandal kontroversi

Menurut Bloomberg, Huang memiliki lebih daripada 870 juta saham, atau kira-kira 3.6% daripada syarikat tersebut, dengan nilai kekayaan mencecah AS$145 bilion. - Reuters
Menurut Bloomberg, Huang memiliki lebih daripada 870 juta saham, atau kira-kira 3.6% daripada syarikat tersebut, dengan nilai kekayaan mencecah AS$145 bilion. - Reuters
Advertisement

BEIJING: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Nvidia, Jensen Huang, dilaporkan telah meletak jawatan sebagai ketua eksekutif syarikat itu susulan kontroversi hubungan sulit dengan seorang individu yang didakwa sebagai perisik China, serta seorang pekerja syarikat.

Kedudukan beliau akan digantikan buat sementara waktu oleh ketua pegawai kewangan Nvidia, Colette Kress, sehingga pengganti tetap dilantik.

Portal berita The Guardian melaporkan, kenyataan daripada lembaga pengarah Nvidia yang mengesahkan peletakan jawatan itu bagaimanapun tidak menyebut tentang skandal perisikan mahupun pendedahan mengenai kelakuan peribadi yang melanda syarikat itu.

Advertisement

Sebaliknya, kenyataan tersebut menghargai sumbangan besar Huang kepada syarikat yang diasaskannya bersama itu.

"Sumbangan Jensen kepada Nvidia amat besar. Nvidia merupakan salah satu syarikat teknologi paling berpengaruh di dunia. Lembaga pengarah dan syarikat mengucapkan terima kasih kepada Jensen atas sumbangan beliau yang tidak ternilai kepada syarikat dan industri ini," menurut kenyataan tersebut.

Advertisement

Awal minggu ini, lembaga pengarah pengeluar cip itu telah melantik firma guaman terkemuka, Wachtell, Lipton, Rosen & Katz, untuk menjalankan siasatan yang "menyeluruh dan bebas" berhubung hubungan beliau dengan individu wanita yang tidak mempunyai sebarang pertalian keluarga dengan ketua Nvidia itu. 

Firma tersebut mengarahkan Jensen Huang untuk terus menerajui Nvidia sementara siasatan dijalankan.

Walau bagaimanapun, pada lewat hari Rabu, New York Times melaporkan bahawa Huang turut menjalinkan hubungan sulit dengan seorang pekerja syarikat bernama Kimberly Powell. Individu tersebut merupakan berkhidmat di bahagian penjagaan kesihatan di Nvidia.

Laporan tersebut menambah tekanan terhadap Huang ketika lembaga pengarah mengadakan mesyuarat pada lewat hari Rabu.

Menurut Bloomberg, Huang memiliki lebih daripada 870 juta saham, atau kira-kira 3.6% daripada syarikat tersebut, dengan nilai kekayaan mencecah AS$145 bilion.

 

Must Watch Video

Advertisement