Provokasi Rusia | Putin iktiraf dua wilayah puak pemisah di Ukraine
Presiden Rusia Vladimir Putin mengiktiraf dua wilayah yang memisahkan diri daripada Ukraine di timur negara itu sebagai entiti bebas pada Isnin.
Tindakan ini mendorong Amerika Syarikat dan Eropah mengenakan sekatan baharu terhadap Kremlin dan meningkatkan ketegangan dalam krisis yang dikhuatiri barat boleh mencetuskan perang besar.