PRU15 | Dilema penduduk Kampung Jabang bertahun hadapi banjir
Tiba sahaja hujung tahun, penduduk Kampung Jabang, Lumadan, gelisah memikirkan nasib mereka yang perlu berdepan dengan musibah banjir kerana kebanyakan rumah penduduk di situ berada di tepi sungai dan berisiko besar untuk ditenggelami air.
Paling merisaukan, setiap kali kampung dinaiki air, mereka akan terperangkap.