PRU15 | MUDA gesa PM utamakan situasi banjir
Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk mengutamakan situasi banjir berbanding mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada tahun ini.
Timbalan Presidennya, Amira Aisya Abdul Aziz berkata masalah bencana itu sepatutnya diberi keutamaan dan menjadi tanggungjawab ahli politik untuk diberikan fokus.