Hari ini Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan, tiada perpecahan dan persengketaan berlaku dalam UMNO dan parti komponen, termasuk antara dirinya dan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau menegaskan, naratif yang dimainkan pembangkang bahawa calon PM daripada BN selepas PRU15 adalah Ahmad Zahid bermatlamat memecah-belahkan BN.