Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

PRU15 | Tolak Pas, tolak Bersatu hanya wayang sahaja - Anwar

PRU15 | Tolak Pas, tolak Bersatu hanya wayang sahaja - Anwar

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa pemimpin Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ada mengadakan pertemuan dengan pemimpin UMNO yang dipercayai berkaitan rundingan bagi membentuk gabungan sebagai sebuah kerajaan selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Beliau mendakwa pemimpin daripada gabungan itu berbuat demikian selepas melihat mereka ketinggalan dalam persaingan PRU15.