Ramadan Kembali | Suasana solat sunat tarawih di Mekah
Jutaan umat Islam meraikan hari pertama Ramadan dengan solat tarawih di hadapan Kaabah di Masjidil Haram di Mekah pada Sabtu.
Ramai yang mengharapkan ramadan yang lebih bermakna, selepas pandemik Covid-19 telah menyebabkan 2 bilion umat Islam di seluruh dunia tidak dapat ke Mekah untuk melakukan ibadah.