Rapid Rail catat lebih sejuta penumpang dalam sehari
Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) selaku pengendali perkhidmatan transit aliran ringan (LRT), Monorel dan transit aliran massa (MRT) di Lembah Klang berjaya mencatatkan rekod mengendalikan lebih sejuta penumpang dalam sehari pada 29 Mei 2024 (Rabu), jumlah tertinggi yang pernah dicapai sejak penubuhannya.