Realiti lapangan tidak seiring pelan, curiga keadaan tambah baik – Presiden MAPIM
Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata jurang antara perancangan perjanjian gencatan senjata dan realiti di Gaza ternyata terlalu luas. Jelasnya, tindakan Israel yang tidak patuh kepada perjanjian yang ditaja oleh Amerika Syarikat (AS) itu menimbulkan kecurigaan mengenai keadaan Gaza yang dihasratkan bertambah baik. #AgendaAWANI
