Ribuan penduduk Serbia protes menentang keganasan
Ribuan penduduk berarak melalui ibu negara Serbia, Belgrade, dan kemudian menghalang jambatan dan lebuh raya utama yang melalui ibu negara itu pada Jumaat. Protes besar-besaram ini dilakukan sebagai reaksi terhadap penembakan beramai-ramai minggu lalu yang menyebabkan 17 orang terbunuh, termasuk kanak-kanak.