Rogol Bawah Umur | Reman penceramah bebas disambung lima hari lagi
Mahkamah Majistret Ipoh, pada Khamis membenarkan seorang penceramah bebas direman lima hari lagi bagi membantu siasatan kes rogol membabitkan remaja perempuan bawah umur.
Perintah reman sehingga 1 Ogos itu dikeluarkan Majistret Noor Azreen Liana Mohd Darus selepas menerima permohonan daripada pihak polis.