Rusia-Malaysia perkukuh kerjasama tenaga dan logistik
Kerjasama dalam sektor tenaga dan pembangunan rantaian bekalan logistik antara Rusia dan Malaysia menjadi fokus perbincangan semasa pertemuan Timbalan Perdana Menteri Rusia, Alexey Overchuk dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.
