Rusuhan | Tiga lelaki ditahan yang lain masih diburu - Polis
Tiga lelaki ditahan selepas disyaki terlibat dalam kes rusuhan dan perbuatan khianat terhadap beberapa buah kereta yang diparkir di tepi Jalan Radin Bagus, Sri Petaling, ibu negara.
Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor, insiden tersebut tular menerusi rakaman video aplikasi media sosial sejak Isnin lalu.