RUU ganti AUKU dijangka dibentang di Parlimen Dis ini
Bacaan kali pertama Rang Undang-Undang (RUU) bagi menggantikan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) dijangka dibentangkan pada persidangan Dewan Rakyat Disember ini.
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata kementerian itu sedang giat berusaha melengkapkan siri libat urus secara komprehensif dengan pelbagai pihak berkepentingan bagi memastikan RUU itu mengambil kira keseluruhan ekosistem pendidikan tinggi negara sebelum dibentangkan ke Parlimen.