Siasatan kebocoran air KLIA selesai
Malaysia Airports mengesahkan siasatan insiden kebocoran air di Terminal 1 KLIA selesai. Punca dikenal pasti akibat kegagalan kontraktor mengalihkan papan lapis ketika kerja pemulihan bumbung dihentikan kerana cuaca buruk. Tindakan tegas akan diambil dan penambahbaikan segera dilaksanakan.
