Sultan Pahang lawat keluarga wanita ditemukan meninggal dunia di Jambatan Tanjung Lumpur
Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan mencemar duli ke Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan di Kuantan bagi melawat keluarga wanita yang ditemukan meninggal dunia disyaki mati dibunuh di tepi Sungai Kuantan berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur pada Khamis.