Tabung Haji | Jumlah deposit melonjak kepada RM88 bilion
Lembaga Tabung Haji (TH) terus mencatatkan rekod tertinggi dengan jumlah deposit mencecah RM88 bilion setakat Mei 2022, mencerminkan keyakinan umat Islam yang semakin kuat terhadap Institusi Pengurusan Haji Negara.
Jumlah deposit TH meningkat hampir 16 peratus kepada RM8 bilion daripada RM75.92 bilion yang direkodkan pada 31 Disember, 2020.