Tambah 250 kuota pelajar perubatan, pembedahan
Kementerian Pendidikan Tinggi diminta menambah kuota sekurang-kurangnya 250 orang pelajar lagi bagi pengambilan Kursus Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan (MBBS) di Universiti Kuala Lumpur Royal College of Medicine Perak (UniKL RCMP).